Bagaimana ia berfungsi?
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Skim ansuran bulanan yang sangat mudah, berbeza dengan pinjaman konvensional :



Contoh

*Jadual di atas adalah ilustrasi sahaja.
Berdasarkan pinjaman 90% dari harga kereta tanpa insurans untuk Vios 1.5E (AT), tertakluk pada kadar faedah.
Kelebihan
- Ansuran bulanan yang terendah dan kompetitif untuk 6 tahun pertama
- Pilihan fleksibel untuk peringkat terakhir: meneruskan bayaran balik ATAU tukar kepada Toyota baharu
Terma Pembiayaan
Kelayakan | Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi |
Margin pembiayaan | Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman. |
Tempoh | 9 tahun sahaja |
Soalan Lazim Pelan Toyota 2-Tier
- Apakah Pelan Toyota 2-Tier?
Pelan Toyota 2-Tier ialah pelan Sewa Beli dimana anda menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah dalam Peringkat 1 tempoh pinjaman untuk Toyota baharu. - Berapa lama tempoh pinjaman?
Pelan Toyota 2-Tier ditawarkan bagi tempoh 9 tahun untuk Toyota baharu. - Berapa lama tempoh Peringkat 1?
Daripada tempoh 9 tahun, Peringkat 1 adalah 6 tahun pertama manakala Peringkat 2 adalah 3 tahun berikutnya. - Apakah perbezaan utama antara Pelan Toyota 2-Tier dan Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan?
Pelan Toyota 2-Tier membolehkan anda menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 6 tahun pertama tempoh pinjaman keseluruhan, sementara Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan memerlukan anda membayar ansuran bulanan yang sama sepanjang tempoh pinjaman, contohnya: - Adakah kadar faedah tetap atau berubah?
Pelan Toyota 2-Tier ialah pelan kadar faedah tetap. - Saya seorang pembeli kereta kali pertama. Adakah Pelan Toyota 2-Tier untuk saya?
Sudah pasti! Pelan Toyota 2-Tier hadir dengan pembayaran bulanan yang rendah bagi membolehkan anda memiliki Toyota, sama ada untuk pembeli kali pertama mahupun pemilik kereta sedia ada. - Berapa jumlah pinjaman?
Pinjaman maksimum adalah 90% dari harga kenderaan. Terdapat jumlah pinjaman minimum yang ditetapkan bagi setiap model yang mengambil bahagian. - Bolehkah saya menentukan tempoh bayaran balik bagi setiap Peringkat?
Tidak, tempoh setiap Peringkat ditentukan oleh Toyota Capital Malaysia. Peringkat 1 adalah 6 tahun pertama dan Peringkat 2 adalah 3 tahun terakhir dalam tempoh 9 tahun. - Adakah Pelan Toyota 2-Tier terpakai untuk semua model Toyota?
Tidak, Pelan Toyota 2-Tier tidak terpakai untuk semua model Toyota. Kami bakal menyenaraikan lebih banyak model kereta dari semasa ke semasa. Untuk model sedia ada, sila hubungi Eksekutif Pembiayaan-Kenderaan kami atau daftarkan minat anda sekarang. - Bolehkah saya membuat penyelesaian awal pinjaman sebelum tarikh luput pinjaman saya?
Ya, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa. - Adakah saya layak untuk sebarang rebat setelah penyelesaian awal pinjaman bagi Pelan Toyota 2-Tier?
Ya, rebat akan diberikan setelah penyelesaian awal. Sila Hubungi kami untuk mengetahui jumlah penyelesaian (selepas rebat) apabila anda bersedia untuk menyelesaikannya. - Adakah saya perlu membayar apa-apa caj pentadbiran untuk mengambil Pelan Toyota 2-Tier ini?
Ya, yuran pengurusan minimum akan dikenakan. -
Bolehkah saya membahagikan pembiayaan saya kepada lebih banyak peringkat sesuai dengan perbelanjaan saya?
Ya, kami juga mempunyai Pelan Toyota EZ Beli untuk anda pertimbangkan. Klik di sini untuk mengetahui tentang Pelan Toyota EZ Beli.
Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami