Toyota Capital Malaysia
Program Penjadualan Semula

Toyota Capital Malaysia sedar akan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan kami terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa ini.

Dengan ini, kami mempunyai pilihan bantuan berikut, untuk membantu pelanggan yang turut terkesan dengan pandemik ini.

Soalan Lazim

1. Bagaimana Toyota Capital Malaysia boleh membantu saya selepas tamat tempoh moratorium?

Walaupun Toyota Capital Malaysia bukan sebahagian daripada institusi perbankan, kami turut memainkan peranan dalam memberi bantuan dan sentiasa komited membantu ekonomi semasa walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dengan ini, pihak kami ada menawarkan Penjadualan Semula untuk membantu pelanggan-pelanggan kami yang menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan setelah tamatnya tempoh Moratorium enam bulan pada 30 September 2020.

Walau bagaimanapun, semua permohonan dan kelulusan tertakluk kepada penilaian kami.

2. Bagaimana saya boleh membuat permohonan untuk Program Penjadualan Semula pinjaman?

Tuan/Puan boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan kami melalui saluran di bawah :

Emel

Sila hantarkan e-mel kepada kami sebelum 30 September 2020:

Dalam e-mel anda, sila sertakan maklumat berikut:
Subjek Email : Permohonan Penjadualan Semula
Nama :
Nombor Telefon :
Nombor Pendaftaran Kenderaan :
Sebab Permohonan :

Hantar

Telefon

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di talian 03 - 2727 8880