Bagaimana ia berfungsi?
Toyota EZ Beli AITAB adalah pelan pembiayaan automotif Islamik terkini dari Toyota Capital - patuh Shariah, kadar keuntungan tetap sepanjang tempoh pembiayaan dan skim pembayaran bulanan yang lebih rendah, berbeza dengan pembiayaan konvensional.
Singkatan AITAB adalah dari Al-Ijarah Thumma Al-Bai '(AITAB), yang merupakan pelan pembiayaan kenderaan patuh Shariah berdasarkan prinsip-prinsip pajakan (Ijarah) diikuti dengan penjualan (Al-Bai'). Pelanggan dikehendaki membuat pembayaran yang dipersetujui dalam jangka masa tertentu semasa kontrak penyewaan. Setelah tamat tempoh penyewaan, pelanggan boleh membuat pilihan untuk membeli aset dari TCAPM dengan harga yang dipersetujui.
Bagaimana pelan unik ini berfungsi:
Toyota EZ Beli AITAB adalah pembiayaan selama 9 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat kategori bagi kemudahan pelanggan kami. Pelanggan bukan Islam juga boleh menikmati pelan pembiayaan automotif Islamik ini.
#SenangJe nak memiliki Toyota sekarang!
Inilah cara 3 peringkat pelan ini berfungsi untuk setiap kereta Toyota impian anda:
Kelebihan
- Pelan patuh Shariah dengan pembayaran bulanan yang lebih rendah untuk 3 tahun pertama
- Peningkatan sedikit dalam peringkat 2 (Tahun 4 - 6) selari dengan perkembangan kerjaya anda
- Pilihan fleksibel untuk peringkat 3 (Tahun 7 - 9): terus pembayaran ATAU trade in untuk Toyota baharu
Terma Pembiayaan
Kelayakan | Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi |
Margin pembiayaan | Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pembiayaan |
Tempoh | 9 tahun |
Fee and charges
Fi kena bayar | RM | Fi jika perlu | RM |
---|---|---|---|
Duti Setem - tanpa penjamin | 10 | Kos gambar (kenderaan terpakai & suaiguna baru) | 10 |
Duti Setam - dengan penjamin | 30 | Penyelesaian dengan Pembiaya dahulu | 30 |
Caj e-hakmilik, pendaftaran dan pengendalian | 50 | Pemeriksaan antara Cawangan | 50 |
Caj salinan | 10 | Caj perjalanan untuk pemeriksaan | 10 |
Caj Pengedalian untuk Pemeriksaan Kenderaan Terpakai | 100 | ||
Caj Pengendalian dan duti setem untuk permohonan Tugasan | 230 | ||
Fi Perkihidmatan Selepas Jualan (jike perlu sahaja) | RM | Perbelanjaan yang dituntut untuk mendapatkan semula (jika perlu sahaja) | RM |
Pengambilan dokumen : dalam cawagan | 10 | Perbelanjaan perjalanan untuk memeriksa/menjejaki kenderaan (berdasarkan jarak) :-
|
10 20 30 40 50 |
Pengambilan dokumen : (di tempat simpanan luar) | 30 | Permulangan semula & pelupasan kenderaan yang diambil semula milikan | 120 |
Salinan Kad Pendaftaran | 10 | ||
Salinan Perjanjian Sewa Beli | 10 | ||
Pembaharuan cukai jalan | 10 | ||
Sebarang permintaan Dokumen untuk dihantar melalui Pos Normal, Kurier atau E-mel | 10 | ||
Surat kebenaran kepada JPJ untuk menukar injin | 50 | ||
Surat kepada JPJ & kastam untuk pindahkan kenderaan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya. | 50 | ||
Surat kepada JPJ tentang Pertukaran Nombor Pendaftaran | 50 | ||
Surat kepada JPJ untuk Kad Pendaftaran Kenderaan Baru | 50 | ||
Tuntutan pemilikan apabila akaun penuh diselesaikan | 100 | ||
Peringatan dan Notis Berkanun dihantar melalui Surat Bendaftaran : Mail :-
|
3/pax 5pax 5/pax 5/pax 5/pax |
Soalan Lazim EZ Beli AITAB
-
Apa Toyota EZ Beli AITAB?
Toyota EZ Beli AITAB adalah pelan pembiayaan automotif Islamik, mematuhi prinsip Shariah dan tersedia untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan Toyota pertama mereka, dengan pembayaran yang lebih rendah.AITAB - secara ringkasnya ialah versi Islamik bagi Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan di mana pihak berkaitan memasuki kontrak pembiayaan untuk tempoh tertentu dan seterusnya memasuki kontrak jualan pada tamat tempoh pembiayaan.
-
Apakah perbezaan antara pelan ini berbanding dengan pelan Sewa Beli yang lain?
Toyota EZ Beli AITAB membolehkan anda menikmati pembayaran bulanan yang lebih rendah dengan patuh Shariah dalam 3 tahun pertama tempoh pajakan dan seterusnya meningkat secara sederhana ketika kerjaya anda meningkat. Manakala dengan pelan Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan memerlukan anda membayar pembayaran bulanan yang sama sepanjang tempoh pembiayaan. -
Saya tertarik dengan pembayaran bulanan yang lebih rendah di paringkat 1. Adakah saya mampu membuat pembayaran yang lebih tinggi di peringkat 2 atau peringkat 3?
Jangan risau! Pembayaran di peringkat 2 hanya sedikit lebih tinggi, dengan peningkatan kerjaya anda, anda akan dapat membayar balik pembayaran. Pada akhir peringkat 2, anda boleh memilih untuk trade in kereta untuk mendapatkan Toyota baharu dengan Toyota EZ Beli AITAB lagi! -
Selepas peringkat 2 berakhir, jika saya tidak dapat membayar balik pembayaran yang lebih tinggi di peringkat 3, apakah pilihan saya?
Anda boleh memilih penyelesaian awal pembiayaan kereta anda. Hanya trade in kenderaan anda untuk mendapatkan Toyota baharu, dan nilai berkenaan boleh digunakan untuk mengimbangi baki pembiayaan. -
Bolehkah saya membayar lebih dalam pembayaran peringkat 1 & 2 dan apa yang akan berlaku dengan pembiayaan saya sekiranya saya membayar lebih banyak?
Ya, anda boleh membayar lebih dalam pembayaran peringkat 1. Bayaran tambahan dianggap sebagai bayaran lebihan. -
Bolehkah orang bukan Islam menikmati pelan pembiayaan automotif Islamik ini?
Ya. Orang bukan Islam dialu-alukan untuk menikmati pelan pembiayaan automotif Islamik ini.
Muat Turun Risalah
Semenanjung Malaysia | Muat Turun |
Sabah | Muat Turun |
Sarawak | Muat Turun |
Labuan | Muat Turun |
Langkawi | Muat Turun |
Muat Turun Helaian Makluman Produk |
Helaian Makluman Produk EZ Beli AITAB | Muat Turun |
Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami