IconKenyataan Privasi Toyota Capital

 

KENYATAAN & NOTIS PRIVASI SELARAS DENGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

  1. SKOP NOTIS DAN KOMITMEN PRIVASI KAMI
    1. Kami, Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd dan/atau anak-anak syarikat dan syarikat gabungan kami (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "TOYOTA CAPITAL", "SYARIKAT", “kami” dan "kita") menghormati kepentingan privasi, maklumat sulit, data peribadi (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "DATA PERIBADI") pelanggan-pelanggan, pekerja-pekerja dan rakan-rakan perniagaan kami (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "DATA SUBJEK"), dan kami komit untuk melindungi Data Peribadi anda melalui pematuhan Notis Privasi Ini.
    2. Notis Privasi ini dikeluarkan menurut dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"), di mana anda, sebagai Data Subjek, boleh memahami bagaimana kami mengumpul, memproses, mengekalkan, mendedahkan, dan melindungi Data Peribadi anda, dan juga hak-hak anda ke atas Data Peribadi anda.
    3. Sekiranya kami melibatkan mana-mana syarikat pihak ketiga untuk memberikan apa-apa perkhidmatan kepada anda bagi pihak kami ("PEMBEKAL PERKHIDMATAN"), kami akan menghendaki Pembekal Perkhidmatan tersebut melindungi kerahsiaan Data Peribadi yang diterima oleh mereka dalam urusan perniagaan biasanya.
  2. KEIZINAN
    1. Kami hanya mengumpul Data Peribadi yang diperlukan untuk menjalankan fungsi dan aktiviti perniagaan kami.
    2. Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda atau menarik balik keizinan kepada kami untuk menggunapakai Data Peribadi anda. Namun, sekiranya anda enggan memberikan kepada kami Data Peribadi anda yang sewajarnya atau mengizinkan kami menggunapakai Data Peribadi anda atau menarik balik keizinan kepada kami untuk proses Data Peribadi anda, kami mungkin TIDAK boleh memproseskan, meluluskan, atau meneruskan permohonan kewangan anda atau memberi kepada anda produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda memerlukan atau memproseskan permohonan anda untuk pekerjaan atau memulakan hubungan perniagaan dengan anda.
    3. Persetujuan anda boleh dinyatakan secara lisan atau secara bertulis, atau ditunjukkan melalui tindakan anda. Apabila anda memohon atau mendaftar atau meminta produk atau perkhidmatan kami atau apabila anda memasuki hubungan perniagaan dengan kami, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan kepada kami Data Peribadi anda, di mana sekiranya anda berbuat demikian, anda akan dianggapi telah mengizinkan kami untuk menggunapakai Data Peribadi anda mengikut Notis Privasi ini, melainkan anda memaklumkan kepada kami sebaliknya secara bertulis.
  3. JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI MENGUMPUL DAN SUMBERNYA
    1. Jenis Data Peribadi yang kami mengumpul mungkin berbeza bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan yang anda memerlukan. Data Peribadi yang kami mengumpul termasuk yang berikut: -
      1. Maklumat mengenali identiti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama penuh anda; nombor kad pengenalan; nombor pasport; umur; tarikh lahir; jantina; bangsa; kewarganegaraan; status perkahwinan; etnik; butiran tanggungan; butir-butir cara hubungan anda seperti alamat, nombor telefon, alamat emel; pekerjaan; butiran pekerjaan; nombor pendaftaran cukai pendapatan; atau lain-lain.
      2. Maklumat mengenai kedudukan kewangan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sumber pendapatan anda; sumber kekayaan/dana; perbelanjaan; simpanan; aset; liabiliti; portfolio pelaburan; komitmen kewangan; nombor akaun; laporan kewangan yang telah diaudit; laporan kredit daripada agensi pelaporan kredit; butir-butir pemiutang; butir-butir penghutang; butir-butir pembekal dan maklumat pesaing; pendapat daripada institusi kewangan atas kelayakan kredit anda; atau lain-lain.
    2. Pada bila-bila masa, sekiranya anda membekalkan kepada kami maklumat-maklumat peribadi pihak ketiga, anda haruslah memastikan bahawa anda adalah diberi kuasa untuk berbuat demikian dan anda haruslah memberitahu pihak tersebut bahawa kami mungkin menggunakan maklumatnya berdasarkan Notis Privasi ini.
    3. Kami akan mengumpul Data Peribadi daripada pelbagai sumber termasuk: -
      1. Maklumat yang diberikan oleh anda secara langsung / secara sukarela, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apabila anda mengisi borang permohonan atau perjanjian; membekalkan maklumat kepada pekerja kami; membayar bil anda atau memohon apa-apa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami; mengambil bahagian dalam pertandingan, kajian, aktiviti promosi, telemarketing / telesales; bercakap dengan kami melalui telefon; melawati pejabat kami; menggunakan produk dan perkhidmatan kami; berkomunikasi dengan pekerja dan/atau ejen kami secara lisan dan bertulis; mengemukakan resume atau cadangan perniagaan anda; atau lain-lain;
      2. Maklumat yang dikumpulkan oleh kami tentang anda daripada sumber yang lain, tanpa penglibatan anda secara langsung, tetapi dibenarkan di bawah undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada, dari biro kredit; agensi rujukan kredit; agensi penarafan; agensi yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Persatuan Syarikat Kewangan Malaysia atau Persatuan Syarikat Sewa Beli Malaysia; syarikat insurans; biro kewangan mediasi; Persatuan Insurans Am Malaysia; Persatuan Insurans Hayat Malaysia; Suruhanjaya Syarikat Malaysia; Pejabat Insolvensi Malaysia; perujuk anda; majikan; penjamin; syarikat penjamin; syarikat induk kami; anak syarikat kami; syarikat gabungan kami; pengedar (dealers); pengedar (distributors); pembekal perkhidmatan; kuasa undang-undang; agensi penguatkuasaan undang-undang; mahkamah undang-undang; dan dari sumber lain yang telah anda berikan persetujuan anda untuk mendedahkan data yang berkaitan dengan anda atau jika tidak sebaliknya.
  4. TUJUAN KAMI MENGUMPULKAN DATA PERIBADI ANDA
    1. Tujuan utama kami mengumpulkan Data Peribadi anda adalah untuk menggunapakai di dalam perniagaan biasa antara anda dengan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada, memproseskan permohonan anda untuk produk dan perkhidmatan kami; mengenalpasti dan mengesahkan identifikasi anda; melakukan pemeriksaan latar belakang anda; melakukan pemeriksaan kredit anda; memastikan kedudukan kewangan anda; membuka, mengurus dan mengekalkan akaun dan kemudahan anda dengan kami; memastikan kelayakan kredit anda pada setiap masa; kemas kini rekod kami; membolehkan kami bertindak / menjawab kepada permohonan anda, pertanyaan, arahan atau aduan anda; menilai keperluan dan keutamaan anda untuk meningkatkan perkhidmatan / produk kami kepada anda; menentukan jumlah kehutangan anda; menguatkuasakan hak dan kewajipan kami; mematuhi kehendakan peraturan undang-undang dan memberi bantuan kepada agensi penguatkuasa undang-undang; menilai, menyiasat dan menuntut insurans; pengutipan dan pemulihan hutang; audit dan pengurusan risiko; memproses permohonan anda untuk pekerjaan atau cadangan perniagaan; atau tujuan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.
    2. Tujuan-tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan tujuan utama, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pakatan strategik, jualan silang, pemasaran; menjalankan promosi; membangunkan, meningkatkan dan memasarkan perkhidmatan dan produk kami dari semasa ke semasa; memahami dan menganalisis pasaran kami; kajian pasaran, analisis statistik dengan tujuan meningkatkan perkhidmatan / produk kami dari semasa ke semasa; kajian perniagaan, kewangan, pengurusan risiko; perancangan dan keputusan perniagaan; kehendakan undang-undang atau perintah Mahkamah atau Tribunal atau Kementerian yang berkenaan; pencegahan atau pengesanan jenayah atau untuk tujuan penyiasatan dan apa-apa maksud sampingan yang berhubungan dengan penyediaan kemudahan termasuk penyediaan komputer, telekomunikasi dan perkhidmatan teknologi.
    3. Kami akan memohon kebenaran lanjutan daripada anda sebelum menggunapakai data peribadi anda untuk tujuan lain daripada yang dinyatakan di atas.
  5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
    1. Untuk pelaksanaan tujuan yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada, syarikat induk kami, anak syarikat kami, syarikat gabungan kami, pengedar (dealers) kami, pengedar (distributor) kami, penasihat profesional kami termasuk peguam, akauntan, juruaudit, syarikat insurans, broker, pembekal perkhidmatan pihak ketiga, ejen atau kontraktor yang bertindak bagi pihak kami atau dilantik oleh kami untuk bertindak bagi pihak kami yang mungkin terletak di luar Malaysia; biro kredit, agensi rujukan kredit, agensi penarafan, agensi yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Persatuan Syarikat Kewangan Malaysia atau Persatuan Syarikat Sewa Beli Malaysia; agensi pengutipan hutang atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh kami untuk membantu kami dalam mengutip atau memulihkan apa-apa kehutangan di bawah perjanjian atau pengambil semula, pelelong; sebarang pihak berkuasa undang-undang atau badan penguatkuasaan undang-undang (kerajaan atau sebaliknya) yang kami anggap perlu di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, arahan atau garis panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau tidak); mana-mana orang / pihak yang berhasrat untuk menjelaskan kehutangan yang tertunggak di bawah akaun dan kemudahan yang kami memberikan kepada anda; mana-mana orang lain yang dilantik oleh anda sebagai orang berkuat kuasa; mana-mana pihak ketiga akibat dari penstrukturan semula fasilitas yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang; mana-mana pihak yang kami berpandangan baik untuk memasuki penstrukturan, komposisi, penstrukturan semula dengan anda; mana-mana syarikat insurans / syarikat takaful; mana-mana agensi pekerjaan; Suruhanjaya Syarikat Malaysia; Pejabat Insolvensi Malaysia; atau orang lain yang dibenarkan di bawah undang-undang.
  6. BAGAIMANAKAH KITA MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
    1. Keselamatan Data Peribadi anda adalah keutamaan kami dan kami akan mengambil semua langkah yang munasabah (secara fizikal dan teknikal) untuk melindungi Data Peribadi anda semasa Data Peribadi anda diproseskan oleh kami. Kami akan melaksanakan kawalan, prosedur, langkah, protokol dan dasar keselamatan yang mencukupi selaras dengan amalan industri dan standard undang-undang untuk melindungi Data Peribadi anda daripada sebarang kehilangan, jenayah siber, kecurian, pemusnahan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja dan pendedahan data Peribadi anda.
    2. Apabila kami melibatkan mana-mana syarikat pihak ketiga yang lain untuk memberikan sebarang perkhidmatan kepada anda bagi pihak kami ("PEMBEKAL PERKHIDMATAN"), kami akan menghendaki Pembekal Perkhidmatan tersebut melindungi kerahsiaan Data Peribadi yang diterima oleh mereka.
    3. Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selagi perlu untuk pelaksanaan tujuan-tujuan dinyatakan atas dan kami akan mematuhi semua peraturan undang-undang dan prosedur kami dalam penyimpanan Data Peribadi anda. Sekiranya kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi anda, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadam, memusnahkan dan merosakkan Data Peribadi anda secara selamat.
  7. HAK UNTUK AKSES, BETUL, KEMAS KINI DAN MENARIK BALIK DATA PERIBADI ANDA
    1. Anda, sebagai Data Subjek, berhak untuk melaksanakan hak-hak berikut:
      1. Untuk mengakses dan memeriksa Data Peribadi anda yang diperolehi oleh kami terhadap anda;
      2. Untuk membetulkan Data Peribadi anda sekiranya anda mendapati bahawa Data Peribadi adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau ketinggalan zaman;
      3. Untuk memastikan polisi privasi kami berhubung dengan Data Peribadi anda; dan
      4. Untuk manarik balik keizinan kepada kami untuk menggunapakai Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. * Sila rujuk kepada perenggan 2 di atas untuk akibat daripada menarik balik keizinan anda.
      5. Pelanggan yang ingin menarik diri daripada perkongsian data peribadi mereka dalam Toyota Capital untuk tujuan pemasaran dan promosi dikehendaki menghubungi kami untuk mendaftarkan arahan mereka untuk memilih keluar daripada perkongsian tersebut.
    2. Jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis kepada: -

      BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN
      TOYOTA CAPITAL MALAYSIA SDN BHD
      PLAZA IBM, LEVEL 20, FIRST AVENUE,
      BANDAR UTAMA, 47800 PETALING JAYA,
      SELANGOR DARUL EHSAN
      TEL: 603-79626000 FAKS: 603-7962 6076
      EMEL: CS@TOYOTACAPITAL.COM.MY

  8. PEMINDAHAN NOTIS PRIVASI INI
    1. Kami menyimpan hak untuk menyemak, mengemas kini dan memindah Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang pemindahan Notis Privasi ini, jika ada, akan diterbitkan di laman web rasmi kami di http://www.toyotacapital.com.my di mana kita akan menyatakan tarikh "Dikemas kini pada" pada halaman depan notis ini. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Notis Privasi ini dari semasa ke semasa.