IconBagaimana ia berfungsi?

Toyota Capital menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran bagi mana-mana individu untuk memiliki kereta impian mereka. Dengan syarat pembayaran yang fleksibel, prosesnya mudah diatur dan pastinya tidak akan membebankan anda.

Kelebihan

  • Proses dan kelulusan yang pantas
  • Kadar yang menarik dan kompetitif
  • Bayaran ansuran bulanan mudah menerusi pelbagai mod pembayaran
  • Pembaharuan serentak bagi auto insurans dan cukai jalan

IconTerma Pembiayaan

Kelayakan Individu berusia 18 tahun dan ke atas
Pemilikan Tunggal
Perkongsian
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) & Berhad (Bhd)
Margin pembiayaan Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
Tempoh 9 tahun maksimum

IconSoalan Lazim Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan

  1. Apakah Sewa Beli?
    Sewa Beli bermakna anda boleh membeli kenderaan bermotor dimana pembeli (penyewa) mengambil alih kenderaan itu sebaik sahaja dia telah membayar deposit minimum sebanyak 10% dan setelah pembayaran penuh semua jumlah ansuran bulanan tetap yang dipersetujui, penyewa secara automatik memiliki kenderaan berkenaan. Sewa Beli dikawal oleh Akta Sewa Beli, 1967.


  2. Apakah kadar semasa sekarang?
    Kami menawarkan kadar yang menarik dan kompetitif kepada pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami.

  3. Apakah margin pembiayaan dan jangka masa yang ditawarkan?
    Kami menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak 90% untuk tempoh sehingga 9 tahun.

Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami