IconBagaimana ia berfungsi?

Pelan 4-Tier Toyota EZ Beli yang baharu ialah pelan pembiayaan kenderaan inovatif dari Toyota Capital. Ia merupakan pelan ansuran bulanan tanpa kerumitan yang memberikan anda fleksibiliti kewangan yang lebih besar berbanding pinjaman sewa beli konvensional. EZ Beli, pada asasnya, pinjaman 9 tahun yang dibahagikan kepada empat fasa pembayaran untuk kemudahan utama anda.

Bagaimana pelan unik ini berfungsi:

EZ Beli 3-Tier Plan: 9-year Auto Financing Plan. Divides by 3 Tiers.
EZ Beli 3-Tier Plan: 1st - 3rd Year: Low Instalment. 4th - 6th year: Slightly Higher Instalment
EZ Beli 3-Tier Plan: Trade in at the end of year 6! Enjoy driving a new Toyota again with LOW instalment

#SenangJe nak memiliki Toyota sekarang!

Inilah cara 4 peringkat pelan ini berfungsi untuk setiap kereta Toyota impian anda

Kelebihan
  • Ansuran bulanan yang terendah dan kompetitif untuk 2 tahun pertama
  • Kenaikan ansuran dalam Peringkat 2 (Tahun ke-3 - 4) dan Peringkat 3 (Tahun ke-5 - 6) selari dengan perkembangan kerjaya anda
  • Pilihan fleksibel untuk Peringkat 3 (Tahun ke-7 - 9): meneruskan bayaran balik ATAU tukar kepada Toyota baharu

IconTerma Pembiayaan

Kelayakan Individu berusia 18 tahun dan ke atas sahaja dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi.
Margin pembiayaan Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
Tempoh 9 tahun sahaja

IconSoalan Lazim EZ Beli Pelan 4-Tier

  1. Apakah Toyota EZ Beli Pelan 4-Tier?
    Ia adalah pelan pembiayaan kenderaan yang mudah, bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan Toyota pertama mereka dengan ansuran yang lebih rendah. Toyota EZ Beli Pelan 4-Tier adalah pelan pembiayaan kenderaan dimana anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 2 tahun pertama dan peningkatan secara beransur sepanjang tempoh pinjaman.

  2. Berapa lama tempoh pinjaman ini?
    Toyota EZ Beli ditawarkan bagi tempoh 9 tahun untuk Toyota baharu. Dari tempoh 9 tahun, Peringkat 1 adalah tahun pertama hingga tahun ke-2, Peringkat 2 adalah tahun ke-3 hingga ke-4, Peringkat 3 adalah tahun ke-5 hingga tahun ke-6 dan Peringkat 4 adalah tahun ke-7 hingga ke-9.

  3. Berapakah jumlah pinjaman?
    Pinjaman maksimum adalah 90% dari harga kenderaan. Termasuk Insurans & Cukai Jalan.

  4. Apakah perbezaan antara pelan ini berbanding pelan sewa beli yang lain?
    Toyota EZ Beli Pelan 4-Tier membolehkan anda menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 2 tahun pertama dalam tempoh pinjaman dan seterusnya peningkatan secara beransur selari dengan kemajuan kerjaya anda. Ia berbeza berbanding Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan yang memerlukan anda membayar ansuran bulanan sama sepanjang tempoh pinjaman.

  5. Berapakah ansuran bulanan terendah?
    Hanya RM928 sebulan berdasarkan pinjaman sebanyak RRM123,000 untuk Toyota Corolla Cross 1.8G. Sah bagi kawasan Semenanjung Malaysia, kecuali Langkawi.

  6. Saya tertarik dengan bayaran bulanan yang lebih rendah bagi Peringkat 1. Adakah saya mampu membuat bayaran yang lebih tinggi bagi Peringkat 2 atau Peringkat 3 selepas itu?
    Usah risau! Bayaran balik dalam Peringkat 2 & 3 hanya mempunyai kenaikan yang sederhana. Berikutan kemajuan kerjaya, anda mampu untuk membuat bayaran ansuran berkenaan. Pada akhir Peringkat 3, anda boleh memilih untuk 'trade in' kereta berkenaan untuk mendapatkan Toyota baharu menerusi Toyota EZ Beli pelan 4-tier.

  7. Selepas Peringkat 3 berakhir, jika saya tidak mampu membuat bayaran lebih tinggi pada Peringkat 4, apakah pilihan saya?
    Anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian awal pinjaman kereta. Hanya 'trade in' kenderaan anda untuk mendapatkan Toyota baharu, dan nilai berkenaan boleh digunakan untuk mengimbangi baki pinjaman

  8. Saya baru memulakan kerja pertama saya 2 minggu yang lalu, adakah saya layak untuk pakej pembiayaan kereta ini?
    Anda boleh memohon Pakej Pembiayaan ini walaupun baru sahaja mula bekerja. Hanya sediakan salinan surat pengesahan pekerjaan, Sijil Diploma/Universiti, MyKad dan Lesen Memandu.

  9. Bolehkah saya membayar lebih banyak bagi ansuran Peringkat 1, 2 & 3 dan apa yang akan berlaku kepada pinjaman saya sekiranya saya membuat bayaran berlebihan?
    Ya, anda boleh membayar ekstra bagi ansuran Peringkat 1, 2 & 3. Bayaran tambahan dianggap sebagai bayaran lebihan.

  10. Adakah saya mendapat faedah rebat daripada bayaran lebihan saya?
    Anda masih boleh menikmati rebat apabila anda menyelesaikan pinjaman anda pada akhir Peringkat 3!

  11. Adakah hanya Toyota EZ Beli Pelan 4-tier tersedia?
    Kami juga mempunyai pelan pembiayaan kenderaan 3-tier untuk pertimbangan anda. Klik di sini untuk meneroka pilihan 3-Tier.

  12. Adakah penjawat awam layak untuk pelan ini?
    Ya! Kami menawarkan kempen Jom Drive, istimewa untuk penjawat awam. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Toyota EZ Beli Plan

IconMuat Turun Risalah

Icon Muat Turun Helaian Makluman Produk

Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami