- Siapakah Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd?
Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai UMW Toyota Capital Sdn. Bhd.) adalah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation, yang mengkhususkan kepada pembiayaan kenderaan untuk Toyota Motor Corporation seluruh dunia. - Apakah jenis-jenis pembiayaan kenderaan yang disediakan oleh Toyota Capital Malaysia?
Berperanan sebagai pusat sehenti, kami menawarkan pembiayaan kenderaan bagi memenuhi keperluan anda - sama ada peribadi atau perniagaan, kenderaan individu atau urusan rasmi. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. - Bolehkah saya membeli skim insurans pada masa yang sama apabila saya membeli kereta di bawah pelan pembiayaan kenderaan Toyota Capital?
Ya. Apabila anda membeli kereta di bawah pelan pembiayaan kenderaan Toyota Capital, skim insurans dapat dibuat pada masa yang sama. Anda boleh memilih untuk memperbaharui dengan panel insurans kami: - MSIG Insurance (Malaysia) atau Etiqa. - Sebagai pelanggan Toyota Capital Malaysia, adakah saya layak mendapat sebarang perkhidmatan tambahan?
Kami menawarkan perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan yang cukup mudah menerusi panel insurans kami.Hubungi kami untuk maklumat lanjut. - Di manakah lokasi Toyota Capital Malaysia?
Kami mempunyai beberapa cawangan Toyota Capital Malaysia di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai alamat dan lokasi pengedar Toyota Capital Malaysia. Di samping itu, kami mempunyai wakil di pengedar UMW Toyota Motor di hampir setiap negeri. Klik di sini untuk pengedar UMW Toyota Motor. - Apakah waktu operasi Toyota Capital Malaysia?
Waktu operasi kami dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum). - Bagaimanakah saya boleh menghubungi Toyota Capital Malaysia?
Anda boleh menghubungi kami di 603-2727 8880 atau hubungi kami untuk maklumat lanjut. - Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran ke Toyota Capital Malaysia?
Toyota Capital Malaysia menerima pembayaran menerusi pelbagai saluran. Hubungi kami untuk maklumat mengenai Ways2Pay. - Adakah saya perlu membayar yuran pengurusan untuk mengambil pembiayaan kenderaan menerusi Toyota Capital Malaysia?
Yuran pengurusan yang minimum akan dikenakan bergantung kepada jenis penyelesaian pembiayaan kenderaan. - Bagaimanakah saya boleh memohon bayaran balik lebihan bayaran?
Sila lengkapkan Borang Giro dan hantar melalui e-mel ke cs@toyotacapital.com.my. Klik di sini untuk memuat turun Borang Giro. - Bagaimanakah saya dapat memaklumkan kepada Toyota Capital alamat surat-menyurat baharu?
Sila lengkapkan borang pembaharui alamat surat menyurat dan hantar melalui e-mel ke cs@toyotacapital.com.my untuk tujuan pengesahan.
Klik di sini untuk memuat turun borang (Bahasa Ingeris)
Klik di sini untuk memuat turun borang (BM) - Bagaimana saya boleh memohon kad pendaftaran asal untuk simpanan sendiri?
Sila lengkapkan borang permohonan untuk menghantar kad pendaftaran melalui perkhidmatan kurier dan hantar melalui email ke cs@toyotacapital.com.myuntuk tujuan pengesahan.
Klik di sini untuk memuat turun Borang permohonan untuk menghantar kad pendaftaran melalui perkhidmatan kurier. - Bagaimanakah caranya jika saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai promosi Produk dan Perkhidmatan Toyota Capital?
Anda boleh melengkapkan borang Go Green dan hantar melalui email ke cs@toyotacapital.com.my Klik di sini untuk memuat turun borang Go Green. - Bagaimana saya boleh menyemak baki pinjaman dan lain-lain perkara berkaitan dengan pinjaman?
Sila lengkapkan borang permintaan TCAPM (Request Form) dan hantar melalui email ke cs@toyotacapital.com.my
Klik di sini tuntuk memuat turun borang permintaan TCAPM (Request Form). - Saya berminat memohon pinjaman menerusi Toyota Capital. Bagaimana proses permohonan
Klik di sini untuk memat turun borang (Pelanggan Sedia Ada)
Klik di sini untuk memuat turun borang (Pelanggan Baharu) - Adakah Toyota Capital akan menghantar resit rasmi kepada saya selepas saya membuat pembayaran bulanan?
Tiada pengeluaran Resit Rasmi kerana Penyata Akaun hanya akan diberikan berdasarkan permintaan.
Muat turun aplikasi TCAP EZ Connect dari Appstore / Play store atau e-mel kami di cs@toyotacapital.com.my untuk mendapatkan Penyata Akaun.
-
Apakah Diskaun Ihsan (GD)?
Diskaun Ihsan (GD) ialah rebat/diskaun khas yang ditawarkan kepada pelanggan yang membuat penyelesaian awal pinjaman sewa beli mereka di bawah kaedah Rule of 78. -
Siapakah yang layak mendapat Diskaun Ihsan?
TCAPM akan menawarkan Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) pada masa penyelesaian awal bagi perjanjian Sewa Beli (Hire Purchase) kadar tetap dan/atau AITAB sedia ada yang menggunakan kaedah Rule of 78. Perjanjian tersebut hendaklah telah dimeterai sebelum 1 Jun 2026 atau dalam tempoh peralihan bagi penambahbaikan sistem yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2027. Bagi melayakkan pelanggan menerima Diskaun Ihsan, akaun pelanggan hendaklah memenuhi semua kriteria berikut:
- Tidak pernah mempunyai tunggakan melebihi 90 hari sepanjang tempoh pembiayaan.
- Tidak pernah dikeluarkan tiga (3) atau lebih Notis Niat untuk Menarik Balik Milikan (Notice of Intention to Repossess) di bawah Jadual Keempat Akta Sewa Beli 1967.
- Tidak pernah dikenakan dua (2) atau lebih Perintah Penarikan Balik Milikan (Repossession Order).
- Tidak sedang tertakluk kepada tindakan undang-undang atau Perintah Penarikan Balik Milikan.
- Tidak berada di bawah sebarang pengaturan Penstrukturan Semula dan Penjadualan Semula (R&R) yang masih berkuat kuasa.
- Merupakan pelanggan individu atau pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
-
Bagaimanakah Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) dikira?
Diskaun ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti jumlah pembiayaan, baki tempoh pembiayaan yang masih berbaki, serta rekod pembayaran balik pelanggan. -
Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada saya layak untuk Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) dan menyemak jumlah diskaun yang ditawarkan?
Sekiranya anda layak untuk Diskaun Ihsan (Goodwill Discount), jumlah penyelesaian selepas diskaun akan dipaparkan dalam Aplikasi EZ Connect. Pelanggan boleh menyemak sendiri kelayakan dan jumlah penyelesaian melalui langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke Aplikasi EZ Connect.
- Klik simbol ">" untuk ke halaman seterusnya.
- Pilih "More".
- Pilih "View Settlement Sum".
-
Adakah diskaun akan dipaparkan dalam surat penyelesaian (settlement letter)?
Ya, peratusan dan jumlah Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) akan dinyatakan dalam surat penyelesaian untuk memastikan ketelusan. Pelanggan yang menggunakan Aplikasi EZ Connect boleh menyemak Jumlah Penyelesaian Penuh (Full Settlement Sum) serta mendapatkan Surat Penyelesaian (Settlement Letter) melalui aplikasi tersebut. Sekiranya anda layak untuk Diskaun Ihsan, maklumat berikut akan dipaparkan:
- Jumlah Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) yang diberikan.
- Kadar/peratusan Diskaun Ihsan yang terpakai.
- Jumlah penyelesaian yang telah dikemas kini selepas Diskaun Ihsan dikenakan.
-
Bilakah Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) akan tersedia?
Fungsi Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) telah berjaya dilaksanakan dan kini tersedia untuk pelanggan yang layak. -
Bagaimana jika saya memilih untuk meneruskan pembayaran ansuran seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewa beli saya?
Anda boleh meneruskan pembayaran ansuran bulanan seperti yang telah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli/AITAB anda sehingga tamat tempoh pembiayaan.
Pelaksanaan Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) hanya terpakai kepada pelanggan yang layak dan memohon penyelesaian awal (early settlement) bagi pembiayaan sewa beli/AITAB mereka. Sekiranya anda tidak bercadang untuk membuat penyelesaian awal, anda tidak akan terjejas oleh pelaksanaan ini dan tiada sebarang tindakan diperlukan daripada pihak anda. -
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya berminat?
Anda boleh menghubungi kami lebih hampir kepada tarikh penyelesaian yang anda rancang untuk mendapatkan Surat Penyelesaian (Settlement Letter) yang terkini melalui Aplikasi EZ Connect atau dengan menghantar e-mel kepada kami. Kelayakan untuk Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan yang berkuat kuasa pada masa permohonan penyelesaian awal dibuat. Sekiranya anda layak, jumlah Diskaun Ihsan yang berkenaan akan ditunjukkan dalam Surat Penyelesaian tersebut. -
Saya telah menyelesaikan pinjaman saya sebelum pelaksanaan Diskaun Ihsan (Goodwill Discount). Adakah saya boleh menerima Diskaun Ihsan secara retrospektif?
Tidak. Diskaun Ihsan (Goodwill Discount) hanya terpakai kepada penyelesaian yang layak dan diselesaikan pada atau selepas 9 Julai 2026, iaitu tarikh kuat kuasa pelaksanaannya.
Sebarang permohonan atau rayuan untuk mendapatkan Diskaun Ihsan bagi penyelesaian yang telah dibuat sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Apakah Toyota EZ Beli?
Ia adalah pelan pembiayaan kenderaan yang mudah, bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan kereta Toyota pertama mereka dengan ansuran yang lebih rendah. Toyota EZ Beli adalah Pembiayaan Sewa Beli dimana anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 3 tahun pertama dan peningkatan secara beransur sepanjang tempoh pinjaman - Berapa lama tempoh pinjaman ini?
Toyota EZ Beli ditawarkan bagi tempoh 9 tahun untuk Toyota baharu. Dari tempoh 9 tahun, Peringkat 1 adalah tahun pertama ke-3, Peringkat 2 adalah tahun ke-4 hingga ke-6 dan Peringkat 3 adalah tahun ke-7 hingga ke-9. - Berapakah jumlah pinjaman?
Pinjaman maksimum adalah 90% dari harga kenderaan. Termasuk Insurans & Cukai Jalan. - Apakah perbezaan antara pelan ini berbanding Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan yang lain?
Toyota EZ Beli membolehkan anda menikmati bayaran balik bulanan yang lebih rendah dalam tempoh 3 tahun pertama dalam tempoh pinjaman dan seterusnya peningkatan secara beransur selari dengan kemajuan kerjaya anda. Ia berbeza berbanding Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan yang memerlukan anda membayar ansuran bulanan sama sepanjang tempoh pinjaman. - Berapakah ansuran bulanan terendah?
Ia hanya RM498 sebulan berdasarkan pinjaman sebanyak RM73,800 untuk Toyota Yaris 1.5J. Sah bagi kawasan Semenanjung Malaysia, kecuali Langkawi. Ansuran bagi pelan lain mungkin dalam lingkungan RM790 sebulan. - Saya tertarik dengan bayaran bulanan yang lebih rendah bagi Peringkat 1. Adakah saya mampu membuat bayaran yang lebih tinggi bagi Peringkat 2 atau Peringkat 3 selepas itu?
Usah risau! Bayaran balik dalam Peringkat 2 hanya mempunyai kenaikan yang sederhana. Berikutan kemajuan kerjaya, anda mampu untuk membuat bayaran ansuran berkenaan. Pada akhir Peringkat 2, anda boleh memilih 'trade-in' kereta berkenaan untuk mendapatkan Toyota baharu menerusi Toyota EZ Beli. - Selepas Peringkat 2 berakhir, jika saya tidak mampu membuat bayaran lebih tinggi pada Peringkat 3, apakah pilihan saya?
Anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian awal pinjaman kereta. Hanya 'trade-in' kenderaan anda untuk mendapatkan Toyota baharu, dan nilai berkenaan boleh digunakan untuk mengimbangi baki pinjaman. - Saya baru memulakan kerja pertama saya 2 minggu yang lalu, adakah saya layak untuk pakej pembiayaan kereta ini?
Anda boleh memohon Pakej Pembiayaan ini walaupun baru sahaja mula bekerja. Hanya sediakan salinan surat pengesahan pekerjaan, Sijil Diploma/Universiti, MyKad dan Lesen Memandu. - Saya mencari kereta kebangsaan dimana komitmen bulanan adalah lebih rendah untuk membuat bayaran, apakah pilihan saya bersama Toyota?
Tidak perlu runsing! Anda kini boleh membeli Toyota dengan komitmen bulanan kurang daripada RM599! Hanya menerusi Toyota EZ Beli. - Bolehkah saya membayar lebih banyak bagi ansuran Peringkat 1 & 2 dan apa yang akan berlaku kepada pinjaman saya sekiranya saya membuat bayaran berlebihan?
Ya, anda boleh membayar ekstra bagi ansuran Peringkat 1. Bayaran tambahan dianggap sebagai bayaran lebihan. - Adakah saya mendapat faedah rebat daripada bayaran lebihan saya?
Anda masih boleh menikmati rebat apabila anda menyelesaikan pinjaman anda pada akhir Peringkat 2!
-
Apakah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA)?
Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 meminda Akta Sewa Beli 1967 bagi memodenkan rangka kerja sewa beli di Malaysia. Ia menggantikan kaedah pengiraan faedah seperti kadar rata dan "Peraturan 78" dengan pendekatan yang lebih telus berasaskan Kadar Faedah Efektif (EIR) dan kaedah baki berkurangan, di mana faedah dikira berdasarkan baki pinjaman yang masih tertunggak. -
Bilakah HPAA akan berkuat kuasa?
HPAA akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, dengan tempoh peralihan (grace period) sehingga 31 Mac 2027 bagi penyedia kemudahan sewa beli untuk penambahbaikan sistem dan proses mereka. -
Adakah Toyota Capital Malaysia ("TCAPM") akan melaksanakan HPAA serta-merta?
Pada masa ini, kami sedang dalam proses menaik taraf sistem bagi menyokong keperluan baharu. Kami akan melaksanakan perubahan yang diperlukan selaras dengan garis masa kawal selia sebelum tamat tempoh peralihan (31 Mac 2027). -
Adakah HPAA memberi kesan kepada perjanjian sewa beli sedia ada saya?
Tidak.
Perjanjian sedia ada anda akan kekal tanpa perubahan dan akan terus tertakluk kepada terma dan syarat asal, melainkan dimaklumkan sebaliknya. -
Adakah ansuran bulanan saya akan berubah disebabkan oleh HPAA sekarang?
Tidak.
Tidak akan ada perubahan kepada ansuran bulanan anda, melainkan dimaklumkan sebaliknya dalam perjanjian. -
Adakah saya layak menerima diskaun ihsan (goodwill discount)?
Sebagai sebahagian daripada tempoh peralihan, TCAPM akan menawarkan diskaun ihsan pada waktu penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli/ AITAB kadar tetap sedia ada dan/atau mana-mana perjanjian yang menggunakan kaedah Peraturan 78.
Program diskaun ihsan ini akan bermula pada 1 Jun 2026. Perjanjian yang layak mestilah dimeterai sebelum 1 Jun 2026 atau dalam tempoh peralihan bagi penambahbaikan sistem sehingga 31 Mac 2027. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di cs@toyotacapital.com.my. -
Adakah produk baharu yang mematuhi HPAA akan ditawarkan sekarang?
Sepanjang tempoh peralihan, kami mungkin akan terus menawarkan produk sedia ada di bawah kaedah kadar tetap Peraturan 78 sementara proses naik taraf sistem sedang dijalankan. Walaubagaimanapun, kami masih menawarkan produk pembiayaan kadar berubah yang mematuhi keperluan HPAA, bagi menyediakan pilihan pembiayaan yang selaras dengan HPAA kepada pelanggan. -
Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sila hubungi kami di cs@toyotacapital.com.my atau layari halaman ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pelaksanaan HPAA.
- Apakah Al-Ijarah Thumma Al Bai '(AITAB)?
AITAB adalah Pelan Pembiayaan Kenderaan Islam yang mematuhi prinsip Syariah.- Al-Ijarah bermakna kontrak pajakan yang mengikat pemajak (Toyota Capital Malaysia) dan peminjam (pelanggan).
- Al Bai bermaksud kontrak jualan dimana pemilikan dipindahkan kepada penerima pajak pada akhir tempoh pajakan untuk pertimbangan yang ditentukan.
- Apakah kadar semasa sekarang?
Kami menawarkan kadar yang menarik dan kompetitif kepada pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami. - Apakah margin pembiayaan dan jangka masa yang ditawarkan?
Kami menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak 90% untuk tempoh sehingga 9 tahun. - Bolehkah orang bukan Islam menggunakan AITAB?
Ya. Orang bukan Islam turut dialu-alukan untuk menggunapakai AITAB.
Apakah Sewa Beli?
Sewa Beli bermakna anda boleh membeli kenderaan bermotor dimana pembeli (penyewa) mengambil alih kenderaan itu sebaik sahaja dia telah membayar deposit minimum sebanyak 10% dan setelah pembayaran penuh semua jumlah ansuran bulanan tetap yang dipersetujui, penyewa secara automatik memiliki kenderaan berkenaan. Sewa Beli dikawal oleh Akta Sewa Beli, 1967 (Pindaan 1991).Apakah kadar semasa sekarang?
Kami menawarkan kadar yang menarik dan kompetitif kepada pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami.Apakah margin pembiayaan dan jangka masa yang ditawarkan?
Kami menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak 90% untuk tempoh sehingga 9 tahun.
Dear Valued Customers,
In line with the expansion of the Sales and Service Tax (SST) scope effective 1 July 2025, some of our services are now classified as taxable service under the Service Tax Regulations 2018. As mandated by the Royal Malaysian Customs Department (RMCD), these services will be subject to service tax.
For further reference, the official guideline is available on the RMCD website: https://mysst.customs.gov.my/industryguides
We remain committed to full compliance with the latest regulatory guidelines and will take all necessary steps to ensure a smooth transition with minimal disruption to you. We will continue to monitor updates from the authorities and provide timely communication should there be any further developments. Please look out for further updates from us regarding the SST implementation.
Thank you for your continuous support.
What is Service Tax (ST) ?
Service Tax is a consumption tax introduced by the Malaysian Government. It operates as a single-stage tax, meaning it is charged only once.
Specific categories of services are imposed with Service Tax whereby businesses are required to charge and collect the Service Tax from customers and subsequently remit to Royal Malaysian Custom Department (RMCD).What services in TCAPM are subject to ST?
Under the expanded scope of taxable services, the following services are subject to Service Tax :
- Rental / Leasing Services
Applicable to subscriptions under KiNTO. - Financial Services
Fee-based charges under Hire Purchase, including:- Administration fees
- Processing fees
- Settlement fees
- Postage fees
- Rental / Leasing Services
What is the ST rate? And When will the ST be effective?
Service Tax rate is 6% / 8%
- Rental / leasing services effective from 1st Sept 2025
- Financial services (fee based) effective from 1st Oct 2025
How to calculate Service Tax payment for financial services?
Assuming the service fee is RM 100 and is subject to Service Tax at 8%, the computation would be as follows:
Fee RM 100 Service Tax @ 8% RM8 Total payable RM 108 Are Islamic products subject to Service Tax?
Yes, all fee-based services under Hire-Purchase or KINTO are subject to Service Tax unless specifically exempted by the RMCDHow will I know if I have been charged with Service Tax?
Service tax will be reflected in e-Invoice and statements of account.If the customer is given a discount, will Service Tax be charged before or after discounts have been taken into account on a transaction?
Service Tax will be charged on the final price, i.e. after taking into account the discounts and rebate.Based on RMCD's announcement, the ST is chargeable from 1st October 2025. Why I only get charged from 1st January 2026 onward?
Service Tax is applicable to service fees/charges under our Hire-Purchase starting 1st October 2025.
As a gesture of goodwill, TCAPM has absorbed the Service Tax from 1st October 2025 until 31st December 2025 as a temporary measure to ease the transition and minimise the immediate impact on our customers.
Starting from 1st January 2026, Service Tax will be applied to the applicable service fees/charges.Why the ST cannot be continued to be absorbed by TCAPM from 1st January 2026 onwards? Why do I need to pay after 1st January 2026?
Starting 1st January 2026, we will begin charging Service Tax in line with the regulatory requirements issued by the RMCD. Continuing to absorb the Service tax indefinitely would not be sustainable for our business operations and could affect our ability to maintain service quality and compliance.
We remain committed to full compliance and transparency, and we will continue to take all necessary steps to ensure a smooth transition with minimal disruption to you. We thank you for your understanding and continued support.Can I request waiver for the Service Tax?
Unfortunately Service Tax cannot be waived at our discretion as it is a statutory obligation.Where can I refer to for the relevant guidelines issued by Customs with regards to the Service Tax for financial services providers?
All regulation, policy and guide can be referred from RMCD website: https://mysst.customs.gov.my/IndustryGuides