IconProfil Syarikat

TOYOTA CAPITAL MALAYSIA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC), yang mengkhususkan dalam pembiayaan kenderaan Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia, dengan kehadiran global meliputi 40 negara dan wilayah serta aset yang diuruskan berjumlah US$251 bilion sehingga 2022.

TFSC ditubuhkan pada Julai 2000 sebagai syarikat induk bagi anak-anak syarikat kewangan TMC yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk menyokong penjualan kenderaan. TFSC fokus untuk menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai. Sehingga kini, TFSC telah berkembang ke 40 negara dan wilayah termasuk Amerika, Eropah, Afrika, Asia Pasifik, China dan Jepun. Dimanapun ia beroperasi, TFSC tetap komited untuk menyokong rakan kongsi, pengedar dan pelanggan Toyota dalam meninggalkan memori serta kualiti perkhidmatan yang terbaik.

TFSC berpegang kukuh kepada usaha dalam menyampaikan kecemerlangan bagi perkhidmatan pelanggan, standard etika dan kualiti produk. Falsafah kami adalah mudah: Hubungan menang-menang yang kukuh membawa kepada kepuasan pelanggan sekaligus mewujudkan "Pelanggan untuk Kehidupan".

Toyota Financial Services Global Presence Toyota Financial Service (TFS) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai syarikat induk bagi anak syarikat kewangan Toyota Motor Corporation (TMC) yang menawarkan produk & perkhidmatan kewangan untuk menyokong penjualan kenderaan.

TFS berpegang kukuh kepada usaha dalam menyampaikan kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan dan kualiti produk, seterusnya mengutamakan kepuasan pelanggan.

TFS juga telah menubuhkan KINTO - Jenama mobiliti global pada 2020 yang menyediakan perkhidmatan langganan kenderaan dan ia boleh didapati di 34 negara sekarang.

Icon

Pejabat-Pejabat Wilayah

Di rantau Asia Pasifik, kami telah hadir kukuh dengan 8 syarikat kewangan iaitu di Thailand, Malaysia, Filipina, Taiwan, Korea, Indonesia, India dan Vietnam.

Produk & Perkhidmatan Unik

Beberapa produk unik TFS telah diperkenalkan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggannya iaitu Toyota Drive (Malaysia), Marin Finance (New Zealand) dan CompleteLease (Australia).