Kekal terhubung
dengan
aplikasi TCAP EZ Connect
Mencipta mobiliti untuk semua
Memperkenalkan aplikasi mudah alih EZ Connect Toyota Capital serba baru, membawakan pengalaman menyenangkan untuk anda. Nikmati capaian terhadap akaun pembiayaan kereta anda dan uruskannya mengikut keselesaan anda.
Apa yang baharu dengan EZ Connect?
Bagaimana EZ Connect berfungsi?
Bagaimanakah caranya aplikasi ini boleh berinteraksi dengan saya?
Pendaftaran ringkas melalui peranti mudah alih.
Sistem Pengesahan Keselamatan Biometrik serta pengesahan Cap Jari yang meyakinkan.
Nikmati Mata Ganjaran dengan pembayaran awal.
Panduan mudah untuk mengetahui Lokasi pejabat Toyota Capital yang berdekatan dengan anda.
Dapatkan Maklumat Terkini berkenaan dengan promosi serta produk pembiayaan kenderaan yang terbaru
Dapatkan Mata Ganjaran apabila anda Memperkenalkan Produk Kami kepada rakan anda.
Akses kepada Soalan Lazim berkenaan dengan produk serta Perkhidmatan kami.
... dan banyak lagi.
Hubungkan anda sepanjang masa

Adalah penting untuk mempunyai nombor telefon bimbit yang dikemas kini untuk menerima Kata Laluan Satu Kali (OTP) untuk pengalaman aplikasi mudah alih yang lancar, selamat dan diperibadikan. Jikalau terdapat sebarang perubahan dalam nombor telefon bimbit atau alamat e-mel anda, sila mengemas kini maklumat di Borang Pengesahan Maklumat di bawah.

TOYOTA CAPITAL MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN MAKLUMAT
 
Muat turun sekarang

Kini tersedia

Soalan-soalan lazim

1. Apa itu TCAP EZ Connect?
TCAP EZ Connect ialah sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan pelanggan mengetahui dan meninjau status akaun kewangan mereka bersama kami.

2. Mengapa saya perlu mengemaskini maklumat peribadi di dalam borang khas ini?
Ini adalah untuk memudahkan proses pendaftaran TCAP EZ Connect untuk memastikan One Time Password (OTP) dihantar ke nombor telefon terkini anda.

3. Apa yang perlu dilakukan jika saya mengalami masalah untuk masuk atau mendaftar?
Sila nyatakan perincian lengkap akaun anda (Nama, No, KP, nombor telefon) dan emel kepada kami di ask@toyotacapital.com.my untuk pengesahan. Sebelum berbuat demikian, sila pastikan anda memasukkan nama penuh dan No. KP seperti didalam MyKad.

4. Bolehkah saya memuat turun aplikasi TCAP EZ Connect sekiranya saya tidak mempunyai pinjaman pembiayaan kenderaan dengan Toyota Capital?
Ya, anda boleh memuat turun aplikasi ini dari AppStore dan Google Play. Anda boleh menyemak:

  • Produk pembiayaan pinjaman kami
  • Cawangan kami di seluruh negara
  • Pengedar kami - Toyota, Lexus dan Perodua
  • Model kenderaan
  • Soalan-soalan Lazim

5. Mengapa saya tidak boleh "NEXT" selepas mengisi nama pengguna & kata laluan pada Langkah 3 pendaftaran App?
Pada langkah 3, sila pastikan anda telah mengisi nama pengguna dan kata laluan mengikut kriteria:
- Nama pengguna: Mestilah sekurang-kurangnya 6 aksara dan maksimum 15 aksara
- Kata Laluan: Mestilah gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor & simbol/aksara khas.
Cth.:
Nama pengguna = Toyota01 ;
Kata laluan = Toyota@1234

6. Bilakah sepatutnya saya masukkan kod rujukan?
Ketika mendaftar, tidak perlu untuk mengisi bahagian kod rujukan sekiranya anda bukan diperkenalkan oleh rakan yang merupakan pelanggan kami bagi pinjaman sewa-beli dengan TCAPM seperti yang telah dinyatakan dalam laman yang sama. Kod rujukan hanya digunakan sekiranya anda menperkenalkan rakan untuk mengambil pembiayaan sewa-beli dengan kami.

Video Panduan Cara