IconBagaimana ia berfungsi?

Toyota EZ Beli Plus adalah penambahbaikan kepada pelan pembiayaan kenderaan berperingkat daripada Toyota Capital yang menawarkan ansuran bulanan yang lebih mampu milik dan stabil untuk 6 tahun pertama berbanding dengan pinjaman sewa beli kenderaan. EZ Beli Plus merupakan pinjaman selama 9 tahun yang dibahagikan kepada 3 peringkat untuk kemudahan anda.

Bagaimana pelan unik ini berfungsi:

EZ Beli 3-Tier Plan: 9-year Auto Financing Plan. Divides by 3 Tiers.
EZ Beli 3-Tier Plan: 1st - 3rd Year: Low Instalment. 4th - 6th year: Slightly Higher Instalment
EZ Beli 3-Tier Plan: Trade in at the end of year 6! Enjoy driving a new Toyota again with LOW instalment

Memiliki Toyota tidak pernah semudah ini

Inilah cara EZ Beli Plus berfungsi untuk setiap kereta Toyota impian anda:

Kelebihan
  • Ansuran bulanan yang mampu milik dan stabil untuk 6 tahun pertama
  • Ansuran tinggi yang masih boleh diurus pada Peringkat ke-2, memberi anda masa untuk merancang dan menyesuaikan kewangan sebelum ansuran lebih tinggi pada Peringkat ke-3
  • Titik pertukaran pintar: Tukar kepada Toyota baharu bermula dari tahun ke-7

IconTerma Pembiayaan

Kelayakan Individu berusia 18 tahun dan ke atas dan untuk pendaftaran kenderaan peribadi sahaja
Margin Pembiayaan Pembiayaan maksimum sehingga 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman.
Tempoh 9 tahun sahaja.

IconSoalan Lazim EZ Beli Plus

  1. Apakah itu Toyota EZ Beli Plus?
    Ini adalah pelan pembiayaan kenderaan berperingkat yang membolehkan anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dan mampu milik untuk 6 tahun pertama dan meningkat secara beransur-ansur sepanjang tempoh pinjaman.

  2. Berapa lama tempoh pinjaman ini?
    Toyota EZ Beli Plus ditawarkan untuk tempoh 9 tahun bagi Toyota baharu. Dari tempoh 9 tahun, Peringkat 1 adalah tahun ke-1 hingga tahun ke-6, Peringkat 2 adalah tahun ke-7 hingga tahun ke-8, dan Peringkat 3 adalah tahun ke-9.

  3. Berapakah jumlah pinjaman?
    Pinjaman maksimum adalah 90% dari harga kenderaan. Termasuk Insurans & Cukai Jalan.

  4. Apakah perbezaan antara pelan ini berbanding pelan sewa beli yang lain?
    Toyota EZ Beli Plus membolehkan anda menikmati ansuran bulanan yang sederhana selari dengan kemajuan kerjaya anda. Ia berbeza berbanding Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan yang memerlukan anda membayar ansuran bulanan sama sepanjang tempoh pinjaman.

  5. Bolehkah EZ Beli Plus membayar lebih untuk menjimatkan lebih faedah?
    Tidak, EZ Beli Plus tidak membolehkan anda membayar lebih ansuran untuk menjimatkan lebih faedah seperti FlexiPlan.

  6. Saya tertarik dengan ansuran bulanan rendah di Peringkat 1. Adakah saya mampu membayar ansuran lebih tinggi di Peringkat 2 atau Peringkat 3?
    Jangan risau! Ansuran di Peringkat 2 masih mampu bayar. Berikutan kemajuan kerjaya, anda akan mampu membayar ansuran berkenaan. Bermula tahun ke-7, anda boleh memilih untuk menukar kereta berkenaan untuk mendapatkan Toyota baharu.

  7. Selepas Peringkat 2 tamat, jika saya tidak mampu membayar ansuran lebih tinggi di Peringkat 3, apakah pilihan saya?
    Anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian awal pinjaman kereta. Hanya tukar kenderaan anda untuk mendapatkan Toyota baharu, dan nilai berkenaan boleh digunakan untuk mengimbangi baki pinjaman (Nilai tukar tertakluk kepada keadaan kereta dan nilai pasaran).

  8. Jika saya tidak mampu membayar ansuran akhir yang lebih tinggi di Peringkat 3, dan tidak mahu menukar kereta juga, apa yang boleh saya buat?
    Kami faham bahawa pembayaran akhir yang lebih tinggi boleh menjadi cabaran. Kami ingin menawarkan pilihan untuk membantu anda menguruskan ini sambil membolehkan anda mengekalkan kenderaan anda. Kami mungkin dapat membantu melalui Repayment Assistance Program (RAP). Salah satu penyelesaian di bawah RAP ialah penstrukturan semula pinjaman. Kami berharap dapat mencari penyelesaian terbaik mengikut keadaan kewangan anda. Sila hubungi kami sekiranya menghadapi kesukaran kewangan sepanjang tempoh pinjaman.

  9. Saya baru memulakan kerja pertama 2 minggu yang lalu, adakah saya layak untuk pakej pembiayaan kereta ini?
    Anda boleh memohon pakej pembiayaan ini walaupun baru sahaja mula bekerja. Hanya sediakan salinan surat pengesahan pekerjaan, Sijil Diploma/Universiti, MyKad dan Lesen Memandu.

  10. Bolehkah saya membayar lebih ansuran di Peringkat 1 & 2, dan apa akan berlaku pada pinjaman saya jika saya membayar lebih?
    Ya, anda boleh membayar lebih ansuran. Bayaran tambahan akan dianggap sebagai bayaran lebihan.

  11. Adakah saya mendapat rebat faedah daripada bayaran lebihan saya?
    Anda masih boleh menikmati rebat apabila menyelesaikan pinjaman anda pada akhir Peringkat 2!

  12. Adakah penjawat awam layak untuk pelan ini?
    Ya! Kami menawarkan kempen Jom Drive, istimewa untuk penjawat awam. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Toyota EZ Beli Plan

Icon Muat Turun Risalah

Semenanjung Malaysia Muat Turun
Pantai Barat Malaysia Muat Turun

Icon Muat Turun Helaian Makluman Produk EZ Beli

Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami