IconBagaimana ia berfungsi?

Memiliki kenderaan untuk kegunaan komersial adalah tidak membebankan seperti yang anda fikir. Pelan ini dikhususkan bagi menyediakan penjagaan yang cekap dan terbaik untuk kenderaan Toyota anda. Pelan ini juga boleh disesuaikan mengikut kemahuan yang dikehendaki.

Kelebihan

  • Proses dan kelulusan pantas
  • Pakej menarik dan kompetitif
  • Bayaran ansuran bulanan mudah menerusi pelbagai mod pembayaran
  • Pembaharuan auto insurans dan cukai jalan secara serentak

Khidmat Langganan Penuh untuk Kegunaan Perniagaan

Dapatkan pelbagai kenderaan Toyota hanya dengan membayar langganan tetap dalam jangka masa panjang. Tiada pengeluaran modal diperlukan, menjadikan perniagaan anda lancar tanpa perlu menanggung kos yang besar dalam tempoh berkenaan. Ia memberikan kebebasan kepada anda untuk memanfaatkan kewangan bagi tujuan perniagaan. Pelan ini juga boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu.

Dapatkan sokongan profesional berdedikasi dan berpengalaman daripada UMW Toyota Motor yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan anda.

Sila hubungi wakil kami memperincikan syarat-syarat pelan ini.

Penyelesaian Kenderaan Syarikat

Bagi pemilik perniagaan yang tak sempat menguruskan barisan kenderaan komersial syarikat, pelan ini adalah satu pelan langganan kenderaan yang menjaga segala-galanya. Pelan ini merangkumi kos kenderaan, operasi dan penyelenggaraan harian. Selain itu, pelan ini memastikan kenderaan sentiasa beroperasi dengan sempurna dan berada dalam keadaan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Berikut adalah manfaat kepada penyelesaian kenderaan syarikat kami:
  • Penyelesaian mudah yang membantu anda mengurangkan tugas pentadbiran, mengurangkan kos dan mengukuhkan aliran tunai.
  • Membolehkan anda fokus menggunakan sumber kewangan dan mengutamakan aktiviti perniagaan anda.
  • termasuk penyelenggaraan dan pencegahan berkala, pengurusan insurans, pemerolehan & pelupusan kenderaan, pengurusan pengawasan serta laporan pengurusan kenderaan.
  • Fleksibel dan boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus anda.

Sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan langganan kenderaan ini.

Terokai pilihan pembiayaan kenderaan & perkhidmatan kami