IconApakah EZ Value Plan?

Toyota Capital memperkenalkan "EZ Value Plan", satu pelan pembiayaan kereta inovatif yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman mobiliti anda. Pelan ini menawarkan cara yang mudah dan tanpa kerumitan untuk membolehkan anda bertukar kepada Toyota baharu setiap 7 tahun dengan tekanan kewangan yang minimum!

based on Vios E simulation. loan amount RM80,600

EZ Value

Memiliki Toyota tidak pernah semudah ini

Inilah cara EZ Value Plan berfungsi untuk setiap kereta Toyota idaman anda:

IconTerma Bayaran

Kelayakan Individu berumur 18 tahun ke atas, hanya untuk Pendaftaran Persendirian
Margin pembiayaan Pembiayaan maksimum 90%, jumlah pinjaman minimum dikenakan
Tempoh 7 tahun sahaja

IconSoalan - soalan Lazim mengenai EZ Value Plan

  1. Apakah itu EZ Value Plan?
    EZ Value Plan direka untuk memberikan pelanggan cara yang fleksibel dan mampu milik untuk memiliki Toyota idaman mereka melalui pelan pembiayaan selama 7 tahun. Pelan ini bermula dengan bayaran bulanan tetap yang berpatutan (selama 83 bulan pertama), diikuti dengan bayaran balloon pada akhir tempoh pinjaman (bulan ke-84).

  2. Berapa lamakah tempoh pinjaman ini?
    EZ Value Plan ditawarkan dengan tempoh 7 tahun untuk pembelian Toyota baharu.

  3. Berapa rendah bayaran bulanan tersebut?
    Hanya RM858 sebulan berdasarkan pinjaman sebanyak RM79,200 untuk Toyota Yaris E. Tersedia di semua kawasan kecuali Langkawi dan Labuan.

  4. Saya tertarik dengan bayaran bulanan yang rendah untuk 83 bulan pertama. Adakah saya mampu bayar jumlah bayaran akhir besar pada bulan terakhir?
    Jangan risau! Jumlah bayaran akhir besar dianggarkan sekitar 36% daripada harga kereta. Anda boleh tukar beli kereta anda di mana-mana pengedar Toyota selepas pinjaman diselesaikan. (*tertakluk kepada keadaan kereta dan nilai pasaran semasa penukaran).

  5. Bagaimana jika saya tidak mampu membayar jumlah bayaran akhir besar dan juga tidak mahu tukar beli kereta saya?
    Kami faham bahawa bayaran jumlah besar sekaligus di akhir tempoh pinjaman boleh menjadi cabaran. Kami ingin membantu anda mengurus perkara ini sambil membolehkan anda mengekalkan kenderaan anda. Kami mungkin boleh membantu anda melalui Program Bantuan Bayaran Semula (RAP). Salah satu penyelesaian di bawah RAP ialah penstrukturan semula pinjaman. Kami berharap dapat mencari penyelesaian terbaik untuk situasi kewangan anda. Sila hubungi kami jika anda menghadapi sebarang kesukaran kewangan sepanjang tempoh pinjaman anda bersama kami.

  6. Adakah EZ Value Plan merupakan produk sewaan kereta?
    Tidak. EZ Value Plan adalah di bawah Akta Sewa Beli.

  7. Adakah EZ Value Plan mempunyai Nilai Masa Depan Terjamin (GFV)?
    Tidak.

  8. Adakah EZ Value Plan tersedia dalam versi Islamik?
    Ya. Kami turut menawarkan EZ Value AITAB.

Toyota EZ Value Plan

IconMuat Turun Risalah

Icon Muat Turun Risalah Maklumat Produk

Explore our auto financing options & Services