How does it work?
Al-Ijarah Thumma Al-Bai' (AITAB) merupakan pembiayaan kenderaan patuh Syariah berdasarkan prinsip pajakan (Ijarah) dan diikuti dengan jualan (Al-Bai'). Dalam perjanjian pajakan, pelanggan akan membayar sewa yang telah dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas tamat tempoh itu, pelanggan ada pilihan untuk membeli aset tersebut daripada TCAPM pada harga yang dipersetujui. Pelanggan bukan-Muslim juga dialu-alukan untuk memanfaatkan Pelan Pembiayaan Kenderaan Islamik ini.
Benefits
- Produk Pembiayaan Kenderaan Patuh Syariah
- Proses dan kelulusan segera
- Sumbangan bulanan mudah bagi bayaran ansuran anda melalui pelbagai kaedah bayaran
Financing Terms
Kelayakan | Individu 18 tahun ke atas, hanya untuk pendaftaran Persendirian |
Margin pembiayaan | Pembiayaan maksimum 90%, tertakluk kepada jumlah minimum pinjaman |
Tempoh | 9 tahun |
Soalan Lazim AITAB
-
Apa itu Al-Ijarah Thumma Al-Bai' (AITAB)?
AITAB merupakan Pelan Pembiayaan Kenderaan Islamik yang patuh Syariah. Al-Ijarah bermaksud kontrak pajakan yang melibatkan pemberi (Toyota Capital Malaysia) dan penerima (pelanggan). Al Bai bermaksud kontrak jualan yang mana pemilikan dipindahkan kepada penerima pada hujung tempoh pajakan dengan pertimbangan tertentu.
Secara terasnya, AITAB adalah penawaran Islamik bagi pinjaman sewa-beli konvensional yang mana pihak terlibat memeterai kontrak sewaan bagi satu tempoh masa dan kemudiannya memeterai pula kontrak jualan pada penghujung tempoh sewaan tersebut. -
Apakah kadar semasa sekarang?
Kami menawarkan kadar yang kompetitif dan menarik kepada pelanggan. Untuk tahu lebih lanjut, Hubungi Kami. -
Apakah margin pembiayaan dan terma tempoh yang ditawarkan?
Kami menawarkan pembiayaan maksimum 90% sehingga 9 tahun -
Bolehkah pelanggan bukan-Muslim menikmati Pelan Pembiayaan Kenderaan Islamik ini?
Ya. Pelanggan bukan-Muslim juga dialu-alukan untuk meneroka Pelan Pembiayaan Kenderaan Islamik ini. -
Adakan penjawat awam layak untuk pelan ini?
Ya! Bahkan, kami mempunyai kempen khas untuk Penjawat Awam yang dikenali sebagai GovJer. Klik di sini untuk keterangan lanjut.
Muat Turun Helaian Makluman Produk |
Helaian Makluman Produk AITAB | Muat Turun |
Teroka pembiayaan lain kami untuk kenderaan Perodua!
For Perodua
For Perodua