Spread the Word, Enjoy the Rewards
1 Rujuk rakan dan ahli keluarga anda
2 Dapatkan: E-Baucar sehingga RM200, atau barangan eksklusif
Nota:
Program Rujukan kami tidak terhad kepada mendapatkan pembiayaan daripada Toyota Capital, tetapi juga meliputi pembaharuan insurans Auto dan insurans Hayat.
Bagaimana Program Rujukan berfungsi?
Langkah 1
Sila ke halaman profil anda, dan kongsikan kod rujukan anda kepada rakan-rakan
Langkah 2
Rakan yang anda rujuk akan menerima mesej WhatsApp daripada anda

Hai, saya sangat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh Toyota Capital dan fikir anda juga akan menyukainya. Jadilah pelanggan mereka dan nikmati ganjaran yang menarik apabila anda memohon pinjaman baharu atau membeli insurans menggunakan kod rujukan unik saya.

Kod rujukan saya : YY76SaG7

Sila sebutkan kod rujukan saya apabila anda menghubungi Toyota Capital di 03-2727 8880 ataun 012-3366305 (Cik Suzy/En Faiz). Tawaran ganjaran berbeza mengikut jenis pinjaman dan jumpah premium insurans. T&C dikenakan.

Langkah 3
Untuk rujukan yang berjaya, mata ganjaran anda akan dikreditkan ke dalam aplikasi untuk anda tebus.
Sebagai alternatif, anda juga boleh...
Dapatkan rakan yang anda rujuk untuk mengisi Borang Maklumat Pelanggan yang Dirujuk.
Borang boleh didapati di sini:
Langkah 1
Isi maklumat yang diperlukan dalam
borang di bawah
Langkah 2
Anda akan menerima kod unik melalui WhatsApp dan e-mel untuk dikongsi kepada rakan anda

Hai, saya sangat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh Toyota Capital dan fikir anda juga akan menyukainya. Jadilah pelanggan mereka dan nikmati ganjaran yang menarik apabila anda memohon pinjaman baharu atau membeli insurans menggunakan kod rujukan unik saya.

Kod rujukan saya : YY76SaG7

Sila sebutkan kod rujukan saya apabila anda menghubungi Toyota Capital di 03-2727 8880 ataun 012-3366305 (Cik Suzy/En Faiz). Tawaran ganjaran berbeza mengikut jenis pinjaman dan jumpah premium insurans. T&C dikenakan.

Langkah 3
Untuk rujukan yang berjaya, anda akan menerima e-mel mengenai kod e-baucar untuk di tebus.
Sebagai alternatif, anda juga boleh...
Dapatkan rakan yang anda rujuk untuk mengisi Borang Maklumat Pelanggan yang Dirujuk.
Borang boleh didapati di sini:
Skim Kelayakan Ganjaran
Nilai ganjaran dalam RM (e-TNG atau barangan serupa dengan nilai yang sama)
Pelanggan Baru Toyota Capital Pelanggan Toyota Capital
Jumlah Pinjaman / Premium Insurans Perujuk Pelanggan yang Dirujuk Perujuk Pelanggan yang Dirujuk
RM 50,000 dan ke bawah 100 50 100 50
RM 50,001 to RM 100,000 150 100 150 100
RM 100,000 dan ke atas 200 100 200 100
RM 700 to RM 1,000 25 15 10
RM 1,001 to RM 2,000 35 20 15
RM 1,001 to RM 2,500 50 30 20
RM 2,501 and above 75 45 35

Nota:
1) Perujuk: Calon yang merujuk rakan dan keluarga yang layak untuk menjadi Pelanggan yang Dirujuk.
2) Pelanggan yang Dirujuk: Orang yang telah dirujuk oleh perujuk untuk skim di atas.

Soalan Lazim mengenai Program Rujukan

1. Apakah ganjaran yang saya dapat jika merujuk rakan?
Ganjaran berbeza bergantung kepada terma program. Anda berkemungkinan menerima pin tambah nilai e-Touch N Go, e-baucar seperti Grab/Lazada/Shopee atau barangan terpilih Toyota Gazoo.

2. Bagaimana saya boleh berkongsi kod rujukan unik saya?
Anda boleh berkongsi kod rujukan anda melalui e-mel, media sosial, atau pesanan terus (whatsapp). Anda hanya perlu menyalin kod tersebut dan hantar kepada rakan-rakan anda.

3. Adakah terdapat had untuk bilangan rakan yang boleh saya rujuk?
Tiada had untuk bilangan rakan yang boleh anda rujuk. Rujuk sebanyak mana yang anda mahu. Lebih banyak rakan yang anda rujuk, lebih banyak ganjaran yang anda boleh perolehi.

4. Adakah rakan saya akan menerima ganjaran?
Ya, rakan anda juga akan menerima ganjaran. Ia adalah situasi "win-win" di mana kedua-dua perujuk dan pelanggan yang dirujuk akan menerima ganjaran. Walau bagaimanapun, ganjaran berbeza bergantung pada terma program.

5. Adakah saya akan diberitahu jika rakan yang saya rujuk berjaya?
Jika anda pengguna aplikasi EZ Connect kami, anda akan menerima notifikasi SMS apabila nilai baucar dikreditkan ke akaun aplikasi anda. Jika anda bukan pengguna aplikasi, anda akan menerima e-mel mengenai kod e-baucar. Anda juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-27278880 atau WhatsApp kepada wakil kami Suzy / Faiz di 012-3366305 untuk menyemak status.

6. Bilakah saya akan menerima ganjaran rujukan saya?

No Jenis - Kes rujukan yang berjaya Masa untuk mengkreditkan ganjaran
i Pinjaman Sewa Beli Dalam masa 14 hari selepas pembiayaan pinjaman
ii Insurans Kereta & Insurans Hayat Dalam masa 14 hari selepas penerimaan premium insurans

7. Bolehkah saya merujuk diri sendiri?
Tidak, rujukan sendiri tidak dibenarkan. Program ini direka untuk menggalakkan perkongsian dengan pengguna baru. Untuk rujukan diri bagi pelanggan Toyota Capital, ia akan diberi ganjaran di bawah 'Loyalty Program' kami.

8. Apa yang berlaku jika rakan saya tidak menggunakan atau terlupa kod rujukan saya?
Ia boleh berlaku: rakan anda mungkin terlupa menggunakan kod rujukan unik yang perujuk hantar. Untuk memastikan kedua-dua anda menerima ganjaran, rakan anda perlu menggunakan kod rujukan unik anda semasa mendaftar pinjaman atau membeli insurans dari Toyota Capital. Jika tidak, rujukan tidak dapat dikesan.

9. Bagaimana saya boleh menyemak rujukan dan ganjaran saya?
Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-27278880 atau WhatsApp kepada wakil kami Suzy / Faiz di 012-3366305 untuk memeriksa semua kes rujukan atau ganjaran anda.

10. Adakah terdapat tarikh luput untuk ganjaran rujukan saya?
Beberapa ganjaran rujukan mungkin mempunyai tarikh luput. Sila semak terma dan syarat setiap ganjaran di aplikasi EZ Connect atau dalam e-mel. Harap maklum e-baucar sah untuk penggunaan sekali sahaja. E-baucar yang tidak ditebus akan tamat selepas tarikh sah. Tiada pembatalan, pemulangan atau penukaran kepada wang tunai dibenarkan untuk sebarang nilai pesanan selepas penebusan e-baucar.

11. Siapa yang boleh saya hubungi jika saya menghadapi masalah dengan ganjaran rujukan saya?
Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan ganjaran rujukan anda, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-27278880 atau WhatsApp kepada wakil kami Suzy / Faiz di 012-3366305 untuk menyemak status.

12. Bolehkah saya (perujuk) menggabungkan ganjaran rujukan saya dengan promosi lain atau mengumpul ganjaran saya untuk melayakkan diri mendapat barangan pilihan saya?
Ini bergantung pada terma dan syarat khusus program rujukan. Beberapa pakej/ganjaran membenarkan penggabungan ganjaran rujukan dengan promosi lain, sementara yang lain tidak.

Borang Referrer (Perujuk)

Berminat? Sila isi nombor telefon anda dalam borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Atau, anda boleh hubungi 03-2727 8880.

Terima kasih kerana berminat dengan produk kami.

TOYOTA CAPITAL MALAYSIA
BORANG MAKLUMAT PERUJUK
 
 
BORANG MAKLUMAT PELANGGAN YANG DIRUJUK

Maklum kami jika anda telah dirujuk untuk servis kami.

Masukkan maklumat nombor telefon dan emel supaya mereka juga boleh menikmati ganjaran!

 
Terma dan Syarat Program Rujukan

1. Kelayakan
- Program rujukan ini terbuka kepada pelanggan sedia ada Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd dan Kinto Malaysia yang mempunyai akaun yang aktif. Program ini juga terbuka kepada pelanggan yang telah menyelesaikan akaun mereka 2 tahun yang lalu.
- Individu yang dirujuk boleh terdiri daripada pelanggan sedia ada Toyota Capital Malaysia, pelanggan Kinto atau pelanggan baru yang tidak mempunyai akaun dengan kami.
- Kumpulan berikut tidak layak untuk program ini: -
a) Kakitangan Toyota Capital Malaysia yang telah menikmati komisen rebat 5% untuk pembelian insurans yang berjaya dan layak untuk skim insentif.
b) Penasihat Jualan dari Toyota, Perodua & Panel Used Car Dealers.
c) Kakitangan Toyota Capital Malaysia (Staf Jualan - Eksekutif Pembiayaan Auto) yang bertugas untuk mendapatkan perniagaan dari pengedar portfolio Toyota / Perodua / Kereta Terpakai.

2. Proses Rujukan
Jika anda seorang perujuk yang layak, anda boleh merujuk rakan dan ahli keluarga melalui pilihan berikut: -
a) Serta-merta, jika anda pengguna aplikasi EZ Connect kami dengan berkongsi kod rujukan unik anda yang boleh didapati di halaman profil aplikasi anda.
b) Jika anda bukan pengguna aplikasi EZ Connect, anda boleh meneruskan dengan pendaftaran dalam "item 3" dan kami akan menyediakan kod unik untuk perkongsian kepada rakan/ahli keluarga.

3. Ganjaran Rujukan
- Kedua-dua perujuk dan individu yang dirujuk akan menerima ganjaran rujukan seperti yang dinyatakan oleh Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd.
- Ganjaran rujukan mungkin termasuk pin tambah nilai e-Touch 'n Go, e-baucar jenama terkenal seperti Grab/Lazada/Shopee atau barangan terpilih Toyota Gazoo seperti yang ditentukan oleh Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd.
- Ganjaran rujukan akan dikreditkan ke akaun kedua-dua pihak dalam tempoh 14 hari selepas pinjaman individu yang dirujuk berjaya diproses, selepas penerimaan premium insurans, penguatkuasaan polisi insurans atau memenuhi sebarang kriteria tambahan.
- Nombor hubungan, alamat emel dan kod rujukan unik yang dibawa oleh pelanggan yang dirujuk mesti sama dengan nombor yang didaftarkan dalam aplikasi EZ Connect semasa proses penebusan untuk perujuk mendapatkan ganjaran.
- Ganjaran program rujukan diberikan berdasarkan setiap akaun.

4. Had
- Rujukan untuk diri sendiri tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan ketidaklayakan dari program ini.
- Toyota Capital Malaysia dan Kinto Malaysia berhak untuk mengubah, menggantung, atau menamatkan program rujukan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

5. Pencegahan Penipuan
- Rujukan yang disyaki penipuan, penyalahgunaan, gangguan, aktiviti tidak wajar atau dibuat dengan melanggar terma dan syarat ini akan terbatal.
- Toyota Capital Malaysia dan Kinto Malaysia berhak untuk menyiasat sebarang aktiviti rujukan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika tingkah laku penipuan dikesan.

6. Implikasi Cukai
- Ganjaran rujukan mungkin dikenakan cukai. Adalah tanggungjawab peserta untuk melaporkan dan membayar sebarang cukai yang berkenaan (jika ada).

7. Syarat Am
- Dengan menyertai program rujukan, peserta bersetuju dengan terma dan syarat ini.
- Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd dan Kinto Malaysia berhak untuk mengubah terma dan syarat program rujukan pada bila-bila masa.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Toyota Capital Malaysia dan Kinto Malaysia mengenai program rujukan adalah muktamad dan mengikat.

8. Privasi
- Maklumat peribadi yang dikumpul sebagai sebahagian daripada program rujukan akan digunakan mengikut dasar privasi Toyota Capital Malaysia Sdn Bhd.
Dengan menyertai program rujukan, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.