IconBagaimana ia berfungsi?

Menawarkan kadar yang kompetitif untuk mana-mana individu untuk membiayai kenderaan pra-milik yang mereka inginkan!

Faedah
  • Proses dan kelulusan yang pantas
  • Kadar yang menarik dan kompetitif
  • Bayaran ansuran bulanan mudah menerusi pelbagai mod pembayaran
  • Pembaharuan serentak bagi auto insurans dan cukai jalan

IconTerma Pembiayaan

Kelayakan
  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Terpakai untuk kenderaan penumpang & van Toyota sahaja (Van Toyota secara eksklusif melalui cawangan TopMark Malaysia sahaja).
  • Terpakai untuk kenderaan pra-milik diperakui Toyota & Lexus dengan umur maksimum kenderaan 6 tahun.
  • Terpakai pada kenderaan terpilih untuk kenderaan pra-milik tidak disahkan dengan umur minimum kenderaan 1 tahun.
  • Terpakai pada kenderaan demo Toyota & Lexus dengan umur maksimum kereta 2 tahun (model terpilih sahaja).
  • Hanya terpakai untuk kenderaan yang terdapat di Toyota TopMark Malaysia dan cawangan Toyota yang dibenarkan.
Terma Pembiayaan Pembiayaan maksimum 90%, tertakluk kepada jumlah pinjaman minimum.
Tempoh Maksimum 9 tahun, tertakluk kepada umur kenderaan di mana maksimum adalah 15 tahun pada akhir kontrak.

IconSoalan Lazim Kenderaan Pra-Milik untuk Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan

  1. Apakah Sewa Beli?
    Sewa Beli bermakna anda boleh membeli kenderaan bermotor dimana pembeli (penyewa) mengambil alih kenderaan itu sebaik sahaja dia telah membayar deposit minimum sebanyak 10% dan setelah pembayaran penuh semua jumlah ansuran bulanan tetap yang dipersetujui, penyewa secara automatik memiliki kenderaan berkenaan. Sewa Beli dikawal oleh Akta Sewa Beli, 1967.
  2. Apakah kadar semasa sekarang?
    Kami menawarkan kadar yang menarik dan kompetitif kepada pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, Sila hubungi kami.
  3. Apakah margin pembiayaan dan jangka masa yang ditawarkan?
    Kami menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak 90% untuk tempoh sehingga 9 tahun.

Masih tercari-cari Kenderaan Pra-Milik yang sempurna?

Terokai sekarang di Toyota TopMark Malaysia

KENDERAAN PRA-MILIK YANG DISAHKAN TOYOTA
Ketenangan fikiran apabila mengetahui setiap kenderaan pra-milik diperakui Toyota didatangkan dengan jaminan sehingga 2 Tahun dan disemak mengikut piawaian yang telah ditetapkan untuk membantu melindungi anda dan orang yang tersayang.

Klik di sini untuk maklumat lanjut!

Icon Muat Turun Helaian Makluman Produk

Terokai penyelesaian kami yang lain untuk Kenderaan Pra-Milik!

AiTAB
Untuk Kenderaan Pra-Milik
Toyota Flexi Plan
Untuk Kenderaan Pra-Milik